Yana! aku dapat johor.
Haiyaa macam mana nak tukar pergi melaka punyaa..Saya mahu melaka!!!
Ehh dah boleh cek ea?
Ala..kenapa aku tak dapat johor punya.. Jauhnya aku tercampak..
Alhamdulillah aku dapat KMJ..tapi nak tunggu keputusan UPU punya dulu lepas tu baru decide.
Macam mana mahu cek matrikulasi?
Sedihnya tak dapat johor..
Okay. Aahahk. Itu lah ragam-ragam budak-budak yang dapat keputusan matrikulasi :) Bukan aku ya.
Mula tepat jam 12 pagi 25 April semua da tak sabar sabar nak cek keputusan tu. Aku pulak boleh terlupa nak cek, itu punn nasib baik kawan yang remind. Bismillah.. Hahh, keluar dah keputusannya. Aku cek keputusan nih berapa minit lepas pukul 12 pagi 25 April. Tapi baru sekarang rajin nak meng-update.
Aahahk. Okay-okay, aku berserah dengan keputusan nih. Cewaah.
Ini lah keputusannya. Gembira dalam sedih. Haihh. Lain yang aku ingin, lain yang aku dapat. Tapi, syukur alhamdulillah. Belum decide apa-apa lagi. Dalam dilema nak buat decision. Mana result UPU nih! Kan senang kalau serentak. Tak ada lah dilema macam nih. Pening kepala den. Haiyaa. Ini macam.
Apa-apa punn, syukur alhamdulillah.. :)


